Wednesday, December 12, 2012

KATA KERJA AKTIF DAN KATA KERJA PASIF


Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


1.Kera telah melantik kucing menjadi hakim.
…………………………………………………………………………………………………

2. Kucing akan menyelesaikan perkara itu.
…………………………………………………………………………………………………

3. Kucing menimbang ikan itu.
……………………………………………………………………………………………….

4. Kucing meninggalkan kera-kera itu.
………………………………………………………………………………………………


Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.


1.Ikan itu dijumpai oleh kera.
…………………………………………………………………………………………………

2. Ikan itu telah dilihat oleh kucing.
…………………………………………………………………………………………………

3. Kepala ikan itu dimakan oleh kucing.
………………………………………………………………………………………………..

4. Kera telah ditipu oleh kucing.
…………………………………………………………………………………………………

LATIHAN MURID - JENIS-JENIS AYAT .


Baca ayat di bawah. Kemuadian, tulis ayat mengikut jenisnya  pada ruangan yang disediakan.

F Jangan berenang ketika ombak besar.
F Kamu gembira semasa di Kuala Lumpur ?.
F Eh, orang utan itu membelai anaknya !.
F Burung laying-layang membuat sarang di dalam gua.
F Bilakah mereka melawat ke Sabah ?.
F Menara Kuala Lumpu tinggi dan tersergam indah.
F Bersihkan kelas ini.
F Amboi, cantiknya tempat ini !.

Ayat Penyata :  

1. ………………………………………………………
2. ……………………………………………………..

Ayat Seruan :   
  
1. ……………………………………………………..
2. ……………………………………………………..

Ayat Perintah :  

1. ……………………………………………………..
2. ……………………………………………………..

Ayat Tanya     : 

1. ……………………………………………………..
2. ……………………………………………………..
BANK SOALAN UPSR
Contoh-contoh soalan UPSR yang boleh dikongsi oleh guru-guru untuk persediaan UPSR pada tahun akan datang.

PERKHEMAHAN PERDANA 2012 SKSS.


Monday, December 10, 2012

INILAH SEKOLAHKU, TEMPAT MENDIDIK ANAK BANGSA


PENJODOH BILANGAN MUDAH SEBAGAI RUJUKAN MURID-MURID .

Penjodoh Bilangan
Contoh Kata Nama
angkatan
belia, kapal perang, penulis, pelukis, sasterawan
Bakul
buah-buahan, kuih-muih, makanan, sampah
Baris
ayat, bangunan, kenderaan, orang, perabot, pokok, puisi, tulisan
Batang
galah, gigi, jalan, kapur, kayu, lidi, lilin, mancis, jarum, paku, pembaris, pensel, pokok, rokok, sungai
Bentuk
cincin, mata kail, subang
Berkas
buluh, kayu, kunci, lidi, pensel, ranting, rotan
Bidang
bendang, kain, kebun, ladang, layar, tikar, permaidani, sawah, tanah
Biji
batu-batan, buah-buahan, butang, cawan, gula-gula, guli, pinggan, telur
Bilah
gergaji, golok, kapak, keris, lembing, lidi, parang, pedang, pisau, tombak
Botol
air, dakwat, kicap, minyak, ubat
Buah
almari, bandar, bas, basikal, beg, bot, bukit, buku, dewan, dusun, kampung, kertas, kereta, kerusi, ladang, lautan, meja, negara, pulau, radio, raga, rumah, songkok, stadium
Buku
benang, kuih, roti, sabun
Bungkus
coklat, makanan, mi, nasi, rokok
Butir
bawang, beras, intan, kelapa, manik, mutiara, peluru, permata, telur, isi buah-buahan seperti cempedak, durian, nangka
Carik
daun, kain, kertas, perca
Cekak
benih padi, daun sirih, sayur-sayuran berbatang, tangkai padi, serai
Cubit
garam, gula, ikan, kuih, makanan
gemal
lalang, padi, rumput
gerombolan
askar, pengganas, penjahat
Hiding
kuih-muih, lauk, nasi
Jambak
bunga, karangan bunga, kunci
jambangan
bunga-bungaan
Jemput
garam, gula, kunyit, rempah
Jengkal
benang, tali
Kajang
atap, kain, kertas, layar
Kalung
bunga, manik, mutiara
kepal
nasi, pulut, tanah
Kepul
asap, awan
ketumbukan
bomba, pemberontak, pengganas, polis, tentera
Lembar
benang, dawai, kertas, rambut
Lingkar
dawai, rotan, tali, wayar
mayang
kelapa, pinang
Naskhah
buku, majalah, risalah, surat khabar
Pangsa
durian
Penggal
cerita, kayu, persekolahan
persalinan
pakaian
Punting
kayu api, rokok
Rangkai
doa, lagu, madah, rantai
ricih
daging, kuih, roti
ruas
buluh, rotan, tebu
suap
nasi
teguk
air,  bahan minuman, cecair
timbun
arang, batu, beras, buah-buahan, padi, pasir, sampah.
titik
air, air mata, cat, cuka, dakwat,darah, embun, kicap, nila
tompok
arang, cat, dakwat, darah, warna
tongkol
jagung
untai
kalung, madah, mercun, pantun, rantai
urat
benang, dawai, gelang, kawat, rambut

KESALAHAN EJAAN DALAM BAHASA MELAYU


Di sini adalah sebahagian perkataan yang mungkin mengelirukan cikgu yang mengajar Bahasa Melayu. Dapatlah kita berkongsi dengan rakan-rakan sekalian.
Sumber : Koleksi Lembar Bahasa, DBP.
SALAH
BETUL
Aidil adha/Iduladha
Aidiladha
Aidil fitri/Idulfitri
Aidilfitri
akitek
Arkitek
analisa
Analisis
aturcara
atur cara
baikpulih
baik pulih
bandaraya
bandar raya
baucer
baucar
bowling
boling
buffet
bufet
bumiputra
bumiputera
catit
catat
cop (tera/cetak)
cap
definasi
definisi
deligasi
delegasi
emel
e-mel
gembeleng / gembeling
gembleng
hajjah
hajah
ibubapa
ibu bapa
insuran
insurans
Insyaallah / insya Allah
Insya-Allah
istirehat
istirahat
janakuasa
jana kuasa
jawatan kuasa
jawatankuasa
Johor Bharu
Johor Bahru
jualbeli
jual beli
juwita
juita
ke 5 / ke V
ke-5 / V (awalan ke tidak diperlukan untuk angka roman
kemaskini
kemas kini
keretapi
kereta api
kerinting
keriting
kerja sama
kerjasama
ko-kurikulum
kokurikulum
kolestrol
kolesterol
komersil
komersial
kontingen
kontinjen
Kota Bahru
Kota Bharu