Friday, December 7, 2012

RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU TAHUN DUA


   1.    RANCANGAN  PELAJARAN  HARIAN BAHASA  MALAYSIA

Mata  Pelajaran    
: Bahasa  Malaysia 
Kelas
: Tahun  2                               Bilangan Murid : 12 orang.
Tema  
Tajuk
: Alam  Sekitar  dan  Teknologi  Hijau.
: Bunga  Raya Bunga Kebangsaan
Masa 
: 11.00 – 11.30  pagi
Standard Pembelajaran
: 3.3.1 / Literasi  3.2
Objektif   Pembelajaran
:Pada  akhir  pengajaran  dan  pembelajaran,  murid  dapat
i.   Membina  dan  menulis ayat  lengkap daripada frasa  dengan  betul  dan  kemas.
ii.   Melengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan disediakan dengan betul.

Langkah-langkah
Aktiviti




Set Induksi

1.Guru mengedarkan huruf-huruf kepada semua murid.
2. Murid melekatkan huruf di papan tulis supaya membentuk perkataan.
3.Menyoal murid perkataan yang terbentuk dan murid menyebut bersama-sama.
4. Guru memperkenalkan tajuk ‘Bunga Raya dan mengaitkan ‘Bunga Raya’ sebagai simbol negara.


 Langkah 1

1. Guru mengedarkan petikan ‘Bunga Raya’.
2. Murid membaca secara senyap dalam kumpulan.
3.Guru memilih wakil daripada kumpulan untuk membaca secara kuat.





 Langkah 2
1.Guru dan murid bersoaljawab tentang ciri-ciri  Bunga Raya seperti warna merah, lima kelopak, tangkai panjang, pokok renek, daun hijau.
2. Murid meneliti dan menyiasat Bunga Raya (maujud) yang diberi oleh guru.
3. Beberapa murid dipilih untuk menampal kad perkataan di papan tulis.
4. Murid membaca kad perkataan secara kelas.



Langkah 3


1.Guru memilih wakil kumpulan untuk membina ayat daripada kad frasa yang ditampal di papan tulis.
2.Murid yang berjaya membina ayat secara lisan dengan betul diberi hadiah.




 Langkah 4

1.Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan.
-kumpulan cemerlang- membina ayat berdasarkan frasa.
-Kumpulan maju- melengkapkan lima ayat dengan perkataan yang diberi.


 Penutup

1.Guru menutup sesi pengajaran dan pembelajaran dengan membuat kesimpulan kognitif
2.Murid menyatakan nilai murni berdasarkan pembelajaran tajuk tersebut.

 EMK
Nilai  murni  -  Mencintai  Alam  Sekitar, Semangat Patriotik
Keusahawanan – sikap dan pemikiran keusahawanan
TMK – belajar melalui TMK
Bahan  Bantu  Belajar
Kertas Edaran (Teks), Lembaran  kerja, bahan  maujud (bunga  raya), Kad –kad huruf, Kad-kad Frasa, Sumi Jelly.

Refleksi
10 orang daripada 12 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan

1 comment: