Friday, December 7, 2012

ASPEK KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING DILAKUKAN OLEH MURID-MURID.




1.    Ayat di bawah adalah antara contoh-contoh kesalahan penggunaan frasa sendi nama dalam ayat yang dilakukan oleh murid-murid.
Contoh 1.
Kesalahan ayat yang ditulis    :Banyak buah-buahan ke pasar raya Tesco.
Ayat yang betul                          :Banyak buah-buahan di pasar raya Tesco.

Contoh 2.
Kesalahan ayat yang ditulis    :Saya datang di Johor.
.Ayat yang betul                         Saya datang keJohor. atau Saya pergi ke Johor  
                                                      atau Saya ke Johor.
Contoh 3.
Kesalahan ayat : Berpuasa di Malaysia berbeza dari berpuasa di negara luar.
Ayat yang betul  : Berpuasa di Malaysia berbeza  daripada berpuasa di negara
  luar.

2.    Kesalahan penggunaan tatabahasa yang kedua ialah, murid-murid juga sering terkeliru dengan penggunaan kata ganti nama diri. Murid sering terkeliru dengan penggunaan perkataan ‘ia’. Contoh kesalahan penggunaan perkataana ‘ia’ yang selalu ditulis oleh murid-murid ialah;

Contoh kesalahan ayat.
1.    Kucing saya bernama Putih. Ia sangat manja.
2.    Beg saya berwarna biru. Ianya sangat berat.

Kata ganti nama diri ia hanya digunakan untuk kata ganti diri ketiga bagi manusia sahaja bukan untuk binatang, benda atau kata nama abstrak. Bentuk ianyaialah bentuk yang salah kerana kata ganti nama diri ‘ia’ tidak boleh digabungkan dengan kata nama diri ‘nya’ kerana ‘ia’ dan ‘nya’ adalah tergolong dalam kelas yang sama (kata ganti diri ketiga bagi manusia).

Ayat yang sepatutnya:
1.    Kucing saya bernama Putih. Kucing saya sangat manja. Atau
2.    Kucing saya bernama Putih. Putih sangat manja
3.    Beg saya berwarna biru. Beg saya sangat berat.

3.Kesalahan tatabahasa yang ke-3 ialah, penggunaan Kata ganti diri Tanya juga sering digunakan secara salah oleh murid-murid juga dalam membina ayat.  Murid sering terkeliru dengan penggunaan perkataan ‘apa’ dan ‘siapa’. Contoh kesalahan penggunaan perkataana ‘apa’ dan ‘siapa’ yang selalu ditulis oleh murid-murid ialah;
Contoh ayat;
1.    Nama pelajar baru itu apa?
2.    Nama kucing kesayangan kamu siapa?

Ayat sepatutnya:
1. Nama pelajar itu siapa?
2. Nama kucing kesayangan kamu apa?

Kata ganti nama diri tanya ‘apa’ tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama selain manusia. Murid-murid juga terkeliru dalam penggunaan partikel-kah selepas kata ganti nama diri tanya atau kata tanya yang lain.

Contoh:
1. Siapa nama pelajar itu?
2. Apa nama kucing kesayangan kamu?

Kedua-dua ayat tadi salah kerana partikel-kah perlu hadir bersama-sama dengan kata ganti diri Tanya (kah)  dalam ayat tanya songsang.
Ayat sepatutnya:
1. Siapakah nama pelajar baru itu?
2. Apakah nama kucing kesayangan kamu?
4. Kesalahan penggunaan tatabahasa Melayu yang ke-4 oleh murid-murid ialah, penggunaan Kata Ganti Tak Tentu. Murid sering terkeliru dengan penggunaan perkataan kata ganti nama diri tanya dengan kata ganti nama diri tak tentu ‘apa’ dengan ‘apa-apa’ dan ‘siapa’ dengan ‘siapa-siapa’. Contoh kesalahan ayat yang ditulis secara salah oleh murid-murid ialah:

Contoh ayat;
1. Apa yang diperkatakan olehnya tidak benar.
2. Siapa yang melanggar disiplin pasti akan dihukum.
3. Ambillah mana satu yang kamu suka.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah salah kerana kekeliruan pengguna dalam penggunaan kata ganti nama diri tanya dengan kata ganti nama diri tak tentu.

Ayat yang sepatutnya:
1.    Apa-apa yang diperkatakan olehnya tidak benar.

2.    Siapa-siapa/Sesiapa yang melanggar disiplin pasti akan dihukum.
3.   Ambilah mana-mana satu yang kamu suka.

Ayat seterusnya seperti berikut:
1.Pada hujung minggu, banyak orang berkunjung ke pusat membeli-belah.
2. Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar bersantai di kompleks membeli-belah  pada  waktu persekolahan.
3. Ramai remaja berkunjung ke kedai menggunting rambut uniseks yang terdapat di  
    bandaraya itu.
4. Medan meletakkan kereta di pasaraya penuh pada musim perayaan.

Kesemua ayat di atas adalah  salah. Frasa nama kompleks membeli-belah bermaksud kompleks yang melakukan kerja membeli-belah, sedangkan maksud sebenarnya ialah tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah. Bentuk yang betul ialah kompleks beli-belah atau pusat beli-belah.

Ayat sepatutnya:
1.Pada hujung minggu, ramai orang berkunjung ke pusat beli-belah.
2.Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar bersantai di kompleks beli-belah pada waktu persekolahan.

6 comments:

  1. Tahniah. Bahan yang menarik.....

    ReplyDelete
  2. tahniah.. teruskan usaha cikgu! :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih kpd cikgu zaki. kini sy boleh memahami aspek penggunaan kata ganti nama dengan betul

    ReplyDelete
  4. Sama dgn kesalahan murid saya. Terima kasih krn ada penjelasan ttg kesalahan tatanahasa

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg baik utk rakan2..

    ReplyDelete
  6. Tahniah atas bahan yang dihasilkan

    ReplyDelete